Tapisan Demi Tapisan Berlaku


Tapisan demi tapisan telah berlaku di dalam perjuangan

Sejak aku mula menggerakkan perjuangan hingga aku diasingkan

Kawan-kawan seperjuanganku ada yang pergi ada yang datang

Pergi dan datang silih berganti sebagai tapisan

Tapisan yang paling berkesan melalui fitnah, tohmah dan sekatan

Yang tinggal selepas itu yang pilihan

Tapisan yang paling serius pengharaman, tangkapan dan pengasingan

Golongan pilihan tadi mereka juga ditapis lagi,

Macam beras diindang

Ada yang terpelanting, ada yang bertahan ada yang di dalam kehairanan

Tinggallah golongan yang sedikit tapi memuaskan dan menyenangkan

Golongan yang sedikit ini sangat meyakinkan

Untuk merekalah perjuangan di masa hadapan

Kepada merekalah yang sangat kita harapkan

Perjuangan ini akan bersemarak dan bergema semula

Ia akan datang ke tengah kehidupan lebih hebat dan agungnya

Mereka yang menghindarkan diri akan tergigit jari melahirkan kesalnya

Ada yang datang meminta maaf kerana keterlanjurannya

Simpati-simpati yang keyakinannya tidak luntur

Merekalah pendukung-pendukungnya

Ajaran kebenaran di waktu itu begitu cepat terserlahnya

oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi